Skip to product information
1 of 2

Penerbit Ilmu Bakti

Modul Transisi Tahun 1 - 2.0 (2026)

Modul Transisi Tahun 1 - 2.0 (2026)

Regular price RM6.50 MYR
Regular price Sale price RM6.50 MYR
Sale Sold out
Quantity

Modul Transisi Tahun 1 (2.0) ini dirancang khusus untuk membina keyakinan murid untuk melangkah dari alam prasekolah ke sekolah rendah.

Kandungan modul ini menggabungjalinkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Aktiviti yang dimuatkan dalam modul ini sesuai dengan latar belakang dan pengalaman sedia ada murid serta dapat membantu murid untuk memahami dan menguasai konsep asas pelbagai subjek yang bakal dipelajari di sekolah rendah. Hal ini sekali gus dapat membantu murid memperkasakan skil dan kemahiran asas yang diperlukan semasa mengikuti pendidikan formal kelak, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dimuatkan dalam modul ini bersesuaian dengan pembangunan murid secara holistik dari segi sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan.

Modul Transisi Tahun 1 (2.0) ini amat sesuai untuk memperkukuh proses pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Model ini merangkumi subjek berikut:
▪ Bahasa Melayu
▪ English (CEFR)
▪ Matematik
▪ Sains
▪ Pendidikan Islam
▪ Bahasa Arab
▪ Pendidikan Moral
▪ Pendidikan Seni Visual
▪ Pendidikan Muzik
▪ Pendidikan Jasmani
▪ Pendidikan Kesihatan

View full details