KAMUS (Bahasa Melayu - Bahasa Arab / Bahasa Arab - Bahasa Melayu)
Keistimewaan kamus ini dapat diringkaskan seperti berikut:
Kamus ini sebagai alat bantuan mengajar dan belajar bahasa Arab dalam memenuhi keperluan akademik pengguna.
Susunan entri bahasa Arab kontemporari berdasarkan susunan huruf hijaiyah bagi meringankan proses pencarian perkataan.
Setiap perkataan bahasa Arab berbaris penuh dan lengkap untuk memudahkan pembacaan.
Entri berwarna dilengkapi tasrif fi'il madhi, fi'il mudhari', masdar dan kata dasar.
Makna entri dipelbagaikan agar dapat disesuaikan mengikut konteks ayat.
Sinonim atau makna seerti pada perkataan tertentu turut disertakan untuk meningkatkan perbendaharaan kata pengguna.
Perkataan mufrad, muannas dan jamak bagi entri terpilih turut disertakan.
Ayat contoh yang menjelaskan cara penggunaan sesuatu perkataan dalam konteks ayat binaan yang betul, atau diambil daripada ayat al-Quran dan hadis turut diberikan.
Modul Transisi Tahun 1 (2.0) ini dirancang khusus untuk membina keyakinan murid untuk melangkah dari alam prasekolah ke sekolah rendah.
Kandungan modul ini menggabungjalinkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Aktiviti yang dimuatkan dalam modul ini sesuai dengan latar belakang dan pengalaman sedia ada murid serta dapat membantu murid untuk memahami dan menguasai konsep asas pelbagai subjek yang bakal dipelajari di sekolah rendah. Hal ini sekali gus dapat membantu murid memperkasakan skil dan kemahiran asas yang diperlukan semasa mengikuti pendidikan formal kelak, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dimuatkan dalam modul ini bersesuaian dengan pembangunan murid secara holistik dari segi sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan.
Modul Transisi Tahun 1 (2.0) ini amat sesuai untuk memperkukuh proses pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Model ini merangkumi subjek berikut: ▪ Bahasa Melayu ▪ English (CEFR) ▪ Matematik ▪ Sains ▪ Pendidikan Islam ▪ Bahasa Arab ▪ Pendidikan Moral ▪ Pendidikan Seni Visual ▪ Pendidikan Muzik ▪ Pendidikan Jasmani ▪ Pendidikan Kesihatan