Penerbit Ilmu Bakti
Lembaran PBD (2026) - English CEFR Year 3
Lembaran PBD (2026) - English CEFR Year 3
Couldn't load pickup availability
Penerangan Buku
Lembaran PBD adalah koleksi buku latihan lengkap yang membantu murid menguasai subjek teras seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, dan Sains. Buku ini selaras dengan silibus KSSR Semakan dan memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Setiap buku mengikuti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memastikan isi kandungan latihan sejajar dengan standard pendidikan terkini di Malaysia.
Ciri-ciri Istimewa
Merangkumi Tahap Penguasaan 1 hingga 6
- Sesuai untuk semua murid, daripada yang memerlukan bimbingan asas hingga murid yang ingin meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.
Mengikut Susunan Bab dalam Buku Teks
- Latihan yang berstruktur dan sejajar dengan silibus terkini sekolah.
Menerapkan Konsep PAK-21, KBAT dan i-THINK
- Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk membantu murid menghadapi cabaran pembelajaran abad ke-21.
Aktiviti Didik Hibur
- Membuatkan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan menarik untuk murid.
Penilaian Progresif & Sumatif
- Menyediakan ujian progresif untuk menilai pencapaian murid secara berperingkat dan penilaian sumatif bagi mengukur prestasi keseluruhan murid.
Kod QR untuk Audio dan Jawapan
- Buku English dilengkapi dengan rakaman audio melalui Kod QR untuk membantu latihan mendengar. Jawapan juga boleh diakses melalui Kod QR, memudahkan ibu bapa dan guru memantau prestasi murid.
