Target dalam PT3 Pemindahan Maklumat (Ulasan, Ringkasan & Rumusan) Bahasa Melayu diterbitkan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid menjawab soalan Bahagian C dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Buku ini memuatkan latihan yang berkualiti dan efektif untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Ciri-ciri eksklusif buku ini:
● Pendedahan langsung kepada bentuk dan format Kertas 1 (Bahagian C): Pemindahan Maklumat
● Model Ulasan, Ringkasan dan Rumusan sebagai panduan kepada murid untuk membina ulasan, ringkasan dan rumusan peringkat cemerlang
● Latihan Pengukuhan untuk membimbing dan memantapkan kemahiran murid dalam membina ulasan, ringkasan dan rumusan
● Praktis Berformat PT3 yang berorientasikan soalan PT3 untuk membiasakan murid menjawab soalan bahagian Pemindahan Maklumat
● Jawapan lengkap untuk rujukan murid